Cara membuat sambungan wayarles kepada peranti BLUETOOTH
Anda boleh menikmati muzik dengan pembesar suara secara wayarles dengan menggunakan fungsi BLUETOOTH peranti BLUETOOTH anda.
Berpasangan
Berpasangan merupakan proses yang diperlukan untuk saling mendaftarkan maklumat pada peranti BLUETOOTH untuk disambungkan secara wayarles.
Untuk menggunakan pelbagai peranti BLUETOOTH bersama dengan pembesar suara, pemasangan perlu dilakukan bagi setiap peranti yang ingin disambungkan.
Lakukan operasi pemasangan pada kedua-dua pembesar suara dan peranti.
Menyambung ke peranti berpasangan
Setelah peranti dipasangkan, tidak perlu memasangkan peranti semula. Sambung ke peranti yang telah dipasangkan dengan pembesar suara menggunakan kaedah yang diperlukan untuk setiap peranti.
Untuk mendapatkan butiran mengenai pengendalian berpasangan dan sambungan, lihat topik berkaitan di bawah.